Friday, November 30, 2007

# 10

Aku sekarang rasa malas yang amat untuk menjaga serta mengemaskini blog utama LayanKepala aku tuh. Sebenarnya aku serba salah samada hendak meneruskan atau menutup terus blog itu. Tapi aku masih ada lagi idea untuk di sumbangkan ke dalam blog tu.

Semua ni berpunca dari sifat orang yang busuk perut buta hati tu...dia amat sakit hati dengan karya aku dan dengki melihat sambutan pengunjung ke blog aku tuh...sampai ada satu tahap dia menuduh aku menulis tentang diri dia...wahahaha...part ni yang aku rasa nak tergelak2...sebab aku rasa, semua benda yang aku tulis mungkin terkena batang hidung dia seketoi seketoi...
oh ya! Karya aku yang berjudul Ceh! itu adalah untuk dia..sebagai hadiah untuk dia :D

Sebenarnya, semua benda yang aku tulis adalah idea yang datang dari kepala hotak aku...ilham yang muncul terutamanya bila aku berasa dalam keadaan tertekan...so, menulis blog adalah terapi untuk aku...tapi mostly, segala idea aku datangnya dari hasil pergaulan aku dengan segenap lapisan masyarakat...dari budak2 baru nak baligh hinggalah ke orang2 tua kutuk tak sedaq diri...

Okeh...berbalik kepada kisah golongan busuk perut buta hati nih...
Bagaimanakah kita hendak menghadapi golongan busuk perut buta hati nih???

Kaedah yang mungkin berkesan adalah kita membalasnya secara halus. Kalau dia rasa dengki dan sakit hati...mari kita fikirkan lebih banyak cara untuk membuatkan dia lebih merasa dengki dan sakit hati. Kita tak perlu menuturkan kata kata kesat, sebaliknya kita lawan secara halus. Contoh kalau dia dengki kita berkawan baik dengan seseorang...dia akan mencari jalan untuk memecahbelahkan kita. Oleh itu, untuk menghadapinya...kita serang dia secara saikologi. Kita sepatutnya mencari jalan untuk mengeratkan lagi hubungan kita dengan kawan tu. Kita cari jalan supaya kita jadi lagi mesra dengan teman kita tu. Dengan itu, otomatiknya musuh kita itu akan berasa lagi tertekan dan mungkin buleh jadik gila hanya kerana sakit hati ngan kita. Tapi kita tetap happy dan sentiasa senang hati.

Kita jangan melawan secara terus. Kalau kita marah dan maki maki, secara tak langsung kita telah menjadi sama dengan dia. Dia berpeluang mengubah plot keadaan di mana kita mungkin kelihatan busuk hati atau dengki dengan dia. Dan kalau dia mahir menggunakan kesempatan yang ada, maka kita akan menjadi mangsa di mana pada mulanya dia yang busuk hati, last last kita pulak yang dilabelkan busuk hati ngan dia. Tentu tak adil bukan...

Tak pun cara paling senang, kita santau ajer ngan org perangai camni!
Ni pun kira cara halus gak :D
Okeh..have a nice weekend!




27 comments:

Darling said...

cara paling cepat santau beb.. aku setuju part ni.. hahahaha..

i harap sangat boleh santau MPR tu..

ps: tp dalam byk part, aku lebih dari dia.. kecuali bab lemak, dia mmg lebih banyak ok.. hahaha

13may said...

hehhe...hang kena buat dia bertambah sakit hati lagi...sebab lagi dia sakit hati, lagi la dia bertambah tambah lemak...

hahha hahha hahha :D

nanonano said...

kite basuh perot tu ngn clorox,
kasik ilang busuk itu,
bereh ?
:D

13may said...

ish ish ishhh...tak sangka sungguh...

Nano ni nampak comei ajer...tapi ganas jugak..hahha :P

*wah! sungguh bermulut manis...jeling jeling darling...*

hahha hahha :D

Darling said...

hahahahaha maymay mmg sungguh bermanis mulut.. ceq lumuq dengan madu ka?

mslhnya mcm aku je yg sakit hati dgn MPR tu.. iskh.. geram toi..

13may said...

hang kena sabaq...
nak fight cara halus memang memerlukan pengorbanan dan semangat jatidiri yang tinggi...

kan ker smoking...pahit mulut ada la :D

Darling said...

ceq takut nnt ceq yg terkorban terus hehe

Ooo kira manis2 pahit le eks? hehe

13may said...

hehhe...cek kan dah ada pengalaman ngan benda2 halus nih...lgpun dah berjaya menempuhnya...so takat benda camni, pejam mata pun tak jatuh punya...

*pergh!!! puji sakan nih*

hahha hahha... dasar lelaki :D

Girl A said...

wahh...ko ni dah jd cam therapist pon ada gak :))

Ayaq said...

Buat bodo ja, nanti kantoi sendiri ah orang tu.


p/s: Thx. :)

Darling said...

ceq berpengalaman dengan benda 'halus'. kira pengalaman gak kan? :)

Darling said...

kompom ank lelaki sejati.. hahahaha..

mmg dasar lelaki :P

byl said...

santau?

Tak baik may

sila insaf plz

Sarah Mohd Shukor said...

may jgn santau2 org tau. dosa. kita doa2 je la moga2 dia berubah. kita jgk yg dpt pahala. cool may ;)
oh, gmbr ni bertambahla sahamnya! haha

Anonymous said...

kau suka kaler hijau ker?

13may said...

CikKipas: hehhe...tima kasih :)

ayaqmasak: wah! ayaqmasak datang sini ler..pheewwiiitt!!! ;)

darling: hehhe...ushar kaki ler beb! wahahahaha :P

byl: iyea iyea...tima kasih atas peringatan itu :)

sarah: hehhe...tak la...tamau la terlibat ngan ilmu ilmu hitam camni...dah byk contoh dah dok ada...

minci: ha'ah la...baru aku perasan...aku suka kaler hijau..baju belang2...apsal before this aku tatau ha???

DeeN said...

hahaha..
Aku no komen. Kalo org macam tu, nak cakap banyak pun buat tambah dosa jer. Kalau nak buat tak reti pun tak buleh gak. Hanya orang yg hebat saja buleh buat bodoh macam xde apa. Habih, nak buat apa neh? Aku pun kadang2 blur gak!

sapa yg sakit hati ngan hang ni May. Meh sini aku tarbiah sket! Muekekeke..!

13may said...

hehhe...patutnya hang 'haria' dia Deen oii...!

MakcikMuda said...

dari budak2 baru nak baligh hinggalah ke orang2 tua kutuk tak sedaq diri...

sib aku x tua :D

13may said...

hehhe...kamu umur berapa ha??? ;)

hUmmY said...

santau tu pe?

mcm nasik lmak laok rendang ayam ke?

seap ngan sambal sotong or kerang!

auw auw~

13may said...

kamu tanya degawan...dia tau kot :P

shafarina said...

Pertanyaan tu dah dijawab sendiri dah.

Orang yg dengki ni, buat buat bodoh je. Dia selalunya minta dilayan. Bila kita tak layan, tu yg dia meroyan tu.

Last2 dia yg jadi tak betul...

Ko... selamat sejahtera kan kan.

13may said...

wan: aku dah semakin pulih..tima kasih..bila nak ajak makan nasik kat umah hang???

chiku the chucuru said...

tak hbs2 lagi dgn org yg dengki kat ko tu? aku setuju kalo ko balas blk secara psikologi. biar dia mental terus.

chiku the chucuru said...
This comment has been removed by the author.
13may said...

fieza: ada kenal mana2 tok bomoh yg power2 dak...hahha :D

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may