Kadang kadang kita merasakan kita dah cukup baik, dah cukup memuaskan hati orang. Namun kita seringkali silap dan sering terlupa bahawa kita hanya manusia yang lemah dan lalai. Tiada istilah sempurna dalam kehidupan.
Kadang kadang kita merasakan tindakan kita itu betul dan tiada cacat celanya. Setiap pendapat atau pandangan kita di terima oleh orang lain. Namun kita seringkali silap dan lupa bahawa hati manusia lain lain. Masing masing mempunyai akal dan emosi.
Kadang kadang kita merasakan orang yang rapat dengan kita itu adalah orang yang paling memahami kita. Namun lagi sekali kita tersilap bahawa manusia sentiasa berubah ubah....
"Explore your heart...find out for yourself"