Tuesday, January 20, 2009

#100

Kadang kadang kita merasakan kita dah cukup baik, dah cukup memuaskan hati orang. Namun kita seringkali silap dan sering terlupa bahawa kita hanya manusia yang lemah dan lalai. Tiada istilah sempurna dalam kehidupan.

Kadang kadang kita merasakan tindakan kita itu betul dan tiada cacat celanya. Setiap pendapat atau pandangan kita di terima oleh orang lain. Namun kita seringkali silap dan lupa bahawa hati manusia lain lain. Masing masing mempunyai akal dan emosi.

Kadang kadang kita merasakan orang yang rapat dengan kita itu adalah orang yang paling memahami kita. Namun lagi sekali kita tersilap bahawa manusia sentiasa berubah ubah....

"Explore your heart...find out for yourself"

11 comments:

Anonymous said...

selalunya kita fikir/rasa lain
tapi selalunya juge org fikir/rasa lain

bile fikiran/perasaan kita dgn org tu nak synchronize?
tapi nanti segalanya predictable
owhh bosan.

Intan and The Boys said...

betul tu may.
memang kekadang kite rasa orang kite rapat tu faham masalah kite, hati budi kite.
tapi kadang2 ada jugak terpeleot.
hehehe.

13may said...

sootsprite: hi kawan! apa kabar??? dok bengang lagi ker??? hehhe hehhe hehhe :P

btw, tentang fikir/rasa lain tuh....good point di situ...
actually pada pendapat aku, itu dua perkara yang berbeza...rasa lain dan fikir lain...

rasa lain selalunya bersangkut paut dengan suara hati...manakala fikir lain mungkin berteraskan akal kita yang menyimpulkan sesuatu perkara...

selalunya bila kita berperasaan begini, kita mudah terjebak dengan permainan emosi kita...di mana emosi mengawal keputusan kita lebih banyak berbanding akal...(ni ikut apa yang aku study tentang saikologi laa...hehhe hehhe)

kita berkemungkinan akan berfikir lebih ke arah negatif berbanding positif kerana pemikiran kita lebih tertumpu mengikut kata hati...sebab itu kita sering rasa/pikir lain tentang sesuatu perkara...

walau bagaimanapun tak dapat dinafikan...kita tak boleh lari dari berperasaan sebegitu...cuma yang penting bagaimana kita hendak mengawal perasaan itu...jgn terlalu cepat membuat keputusan...

tentang synchronization tuh...pendapat aku, itu agak sukar di capai...dan mungkin agak mustahil...sebab kita manusia mempunyai seribu satu mcm perangai dan personaliti....

so jalannya....kita cuma perlu belajar menerima...baik atau buruk, kita belajar dan cuba menerima...dan mungkin kita dapat menyelami personaliti masing masing...

di sini timbul lah satu perasaan ngam, satu kepala bla bla bla...hehhe hehhe...sebab kita dah boleh menerima personality masing masing

panjang plak ulasan aku nih...hehhe heheh...tapi takpa, kita refresh dan study semula bab bab human psychology ni :D

puterikurekure: secara am, mungkin kita nampak ia sebagai terpeleot...namun jika kita kaji dari satu sudut...secara tak langsung, kita mungkin telah menunjukkan satu lagi personality diri kita yang selama ini tidak di ketahui oleh orang tersebut...sebab kita semua mempunyai byk sgt tabiat serta perangai yang terpendam....sebab tu kita merasa orang sentiasa tidak memahami kita...dan sebaliknya :)

Darling said...

errrr adakah aku termasuk dalam cerita entry ank ni? *wink2*

13may said...

darling: hehhe hehhe...cerita ni tadak sangkut paut ngan kawan2 blogger....ini antara aku dan dia dan dia dan dia...hahha hahaha hahaha :D

Darling said...

dia dan dia dan dia?

wah ank kawin tiga ek? tak jemput aku pun naaa mai kenuri.. (slalu diluar topik asal)

13may said...

darling: hehhe hehe...tadak la beb...lawak saja...
ini saja suka suka meluahkan pendapat...hehhe hehe

ceklala said...

ermmm... ade ape apekah??
kesulitan memikir berlaku disitu...
emememememmee...

Pok Li said...

salam singgah.

Makcik Runner said...

wehh, ko dah putus cinta ke ni? semacam jerk...sian dia

Anonymous said...

aku rase paham
jugak pe yg ko tulis neh:)

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may