Monday, May 19, 2008

# 57

Semalam ada satu kejadian...
Adik kepada seorang kawan aku, seorang pompuan berumur 18 tahun telah pergi ke Kuala Lumpur untuk bertemu seorang lelaki yang tidak di kenali. Konon konon adik pompuannya itu ingin bertemu dengan lelaki tersebut secara bersemuka. Lebih kurang macam tu la...

Yang menjadi masalah, hingga ke tengah malam....mereka masih belum dapat menghubungi adik pompuan mereka itu. Seluruh keluarga mereka menjadi kelam kabut.

So aku di jemput oleh kawan aku...duduk sama berbincang dengan ahli keluarga mereka. Mencari jalan untuk membawa adik pompuan mereka itu pulang ke rumah. Aku hanya sebagai pemerhati bebas dan mungkin menjadi tukang tunjuk jalan andainya mereka mengambil keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari adik mereka itu...

Keadaan semakin lama semakin tegang. Semua risau atas keselamatan adik pompuan mereka itu. Sebagai jalan untuk mententeramkan keadaan, kawan aku berkata kepada kakak serta abang abangnya "Jangan la risau sangat...kita semua kena cool"

Abangnya menyambung " Huiii...benda camni kita memang patut kena risau. Dia pi jumpa laki mana ntah...takkan kita langsung tak risau"

"Alaaa...dia kan besaq panjang dah...rileks laa...jangan cuak sangat" kata kakaknya pulak.

Dengan tidak semena mena aku termenyampuk" Sebab 'besaq panjang' la kak kena risau...dah la pi jumpa laki yang tak kenai plak tuh"

Seluruh rumah bergema dengan gelak ketawa. Hehehe....kan dah cool sikit :D

ps: Tengahari tadi dia sms kepada aku bahawa adiknya telah dapat dihubungi dan dalam perjalanan pulang

17 comments:

Lily Abdullah said...

Betui!Betui! Besaq ka, kecik ka, tua ka, muda ka , suma kena risau May oii.

Hari ni, semua ada harga.

ps: mesra alam sungguh vat baru ni :)

Unknown said...

oik oik.. bila mau lepak?

Miss Reen said...

wor..
bahyer kan duniya skrg kan?

^ez^ said...

zaman skg nih mcm2 da leh jadik.kl da mcm kt US da. bahaya...huhuhuu..

ChesterChaz said...

sungguh memecah kebuntuan ucapan anda tuh.. haha.. ramai org yg xleh trust kt lua tuhh... huuu

Masy said...

dia gi mana senornye?

13may said...

kakLily: yg penting kena ada harga diri :)

lindosh: hang kat mana la nih??? tengah sakan jalan jalan lagi ka???

heartlessDevilish: errr...lelaki yang merbahaya sebenarnya:D

mawarBiru: errr...cikgu dok tang mana??? hehhe

chesterchaz: hehhe...selamat datang :)

masy: gi jumpa lelaki tu laa...tapi tatau la camni dah mcmana keadaannya...aku malas nak campur..biar depa adk beradik yg setel :)

Max J. Potter said...

nani rase..ppuan, besa ke kecik, nk gi mane pun skrg ni; kedai ke, mkn ke..sume kne ajak kwn. pegi sorang2 bahaya-lah.

Max J. Potter said...

nani rase..ppuan, besa ke kecik, nk gi mane pun skrg ni; kedai ke, mkn ke..sume kne ajak kwn. pegi sorang2 bahaya-lah.

Anonymous said...

ssh nak jage bbdk zaman sekarang... terlalu advanced dan berani... kite lak yg risau bagai... dorang lak mcm takde perasaan aje...

who i am? said...

S E se...L A la.. M A T mat....SELAMAT !

hUmmY said...

kekekeke!

mane g dak tu?

bahye btol!

pearl'E.J said...

uihhhh.. berani nooo budak tu pi jauh2 utk jumpa org yg dia x kenai...

tp apa2 pun alhamdulillah laa sbb dia dh selamat, dh dpt dihubungi n dh nk balik..

13may said...

hanna: errr...nak maymay temankan ker??? hehhe

manje: hmmmm...

fealize: rileks rileks :D

hummy: pegi KL laa...jumpa boyfren dia :D

EJ: hehhe...gila betoi budak tuh...huhhu

Narsha J. Fedders said...

Tsk tsk tsk. Dia ok ke?

13may said...

B.Songeh: okeh kot...ntah la...

amusynuraisha said...

uik..berani sgguh adik die tu erk...nasib da balik..

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may