Friday, May 30, 2008

# 60

Orang gila tak pernah mengaku dirinya gila....
Tapi orang bodoh selalu mengatakan orang lain yang bodoh!
Haiihhhh!!!!

Wednesday, May 21, 2008

# 59

Semalam aku pegang gitar....dah lama tak main gitar. Sempat petik dan main beberapa lagu.

Nampaknya aku telah hilang sentuhan. Tangan dah keras dan kaku. Dah tak boleh main laju laju macam dulu lagi.

Teringat dulu masa mula mula belajar main gitar...tetiap hari aku akan praktis. Sebab kata tok guru aku "Practice makes perfect".

Bersungguh sungguh aku praktis. Bangun tidoq, petik gitar. Lepas mandi, petik gitar. Sambil isap rokok, sambil petik gitar. Kira serba serbi asyik dengan gitar. Dating pun bawa gitar wooo....

Alih alih aku belum sampai ke tahap yang aku inginkan. Masih lagi belum dapat menguasai tahap permainan yang hebat. Jumpa tok guru lagi dan dia berkata lagi "Practice makes perfect". So, aku pun praktis praktis dan praktis macam dah nak gila...

Sampai la pada satu ketika geng jamming aku berkata kepada aku...
Practice makes perfect
But nobody's perfect..
So why practice???


So, aku berenti praktis..Akhirnya sampai sekarang aku masih lagi tak terre main gitar..begitulah ceritanyaaa... :)

Tuesday, May 20, 2008

# 58

Aku dah keja kat company ni lebih kurang 5 tahun lebih...
Selama 5 tahun lebih nih, tetiap hari datang keja...aku tak penah lupa benda yang menjadi rutin setiap kali ke tempat keja...

Tapi hari ni seluar aku asyik nak terlondeh...aku terlupa nak pakai tali pinggang! Pelik sungguh!



ps: sessi makan2 kat Qbay tadi...member sekerja belanja makan sempena besday aku:)

Monday, May 19, 2008

# 57

Semalam ada satu kejadian...
Adik kepada seorang kawan aku, seorang pompuan berumur 18 tahun telah pergi ke Kuala Lumpur untuk bertemu seorang lelaki yang tidak di kenali. Konon konon adik pompuannya itu ingin bertemu dengan lelaki tersebut secara bersemuka. Lebih kurang macam tu la...

Yang menjadi masalah, hingga ke tengah malam....mereka masih belum dapat menghubungi adik pompuan mereka itu. Seluruh keluarga mereka menjadi kelam kabut.

So aku di jemput oleh kawan aku...duduk sama berbincang dengan ahli keluarga mereka. Mencari jalan untuk membawa adik pompuan mereka itu pulang ke rumah. Aku hanya sebagai pemerhati bebas dan mungkin menjadi tukang tunjuk jalan andainya mereka mengambil keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari adik mereka itu...

Keadaan semakin lama semakin tegang. Semua risau atas keselamatan adik pompuan mereka itu. Sebagai jalan untuk mententeramkan keadaan, kawan aku berkata kepada kakak serta abang abangnya "Jangan la risau sangat...kita semua kena cool"

Abangnya menyambung " Huiii...benda camni kita memang patut kena risau. Dia pi jumpa laki mana ntah...takkan kita langsung tak risau"

"Alaaa...dia kan besaq panjang dah...rileks laa...jangan cuak sangat" kata kakaknya pulak.

Dengan tidak semena mena aku termenyampuk" Sebab 'besaq panjang' la kak kena risau...dah la pi jumpa laki yang tak kenai plak tuh"

Seluruh rumah bergema dengan gelak ketawa. Hehehe....kan dah cool sikit :D

ps: Tengahari tadi dia sms kepada aku bahawa adiknya telah dapat dihubungi dan dalam perjalanan pulang

Saturday, May 17, 2008

# 56



Ntah hapa yang dah jadi ngan blog aku nih....
Pandai pandai ajer edit HTML...
Nampak berserabut saja....
ceh!

Update:
Aku dalam proses belajar untuk menambahkan satu lagi sidebar di sebelah kiri...so, kalau ada alignment out, sila inform aku...sebab dari PC aku, semua alignment aku tengok dah ok.

Untuk Alissara:
Thanks for your input. Aku dah adjust alignment. Cuba ko view semula. Kalau lintang pukang lagi...bgtau aku yea. Tima kasih :)




Tuesday, May 13, 2008

# 55

Seorang sahabat baik pernah berkata kepada aku:
"Apa la sangat asyik meraikan serta mengingati hari kelahiran....hari nak MATI tu patut kita ingat...adakah kita bersedia untuk menghadapi hari MATI itu???"

13th may 2008 - Ulangtahun kelahiran aku. Syukur!

Saturday, May 10, 2008

# 54

Mula mula aku layan kepala...
Kemudian aku sakit kepala...
Sekarang aku rasa dah nak petak kepala...



huarghhhh!!!


Tuesday, May 6, 2008

# 53

Aku rasa ada yang tak kena...
Sejak subuh hingga entri ini di tulis...
Langsung tiada satu sms pun yang masuk ke tepon aku...

Ini adalah suatu yang pelik!

Saturday, May 3, 2008

# 52

Dalam proses melakukan sedikit perubahan untuk blog ini.....

Thursday, May 1, 2008

# 51

Selamat Hari Pekerja!!!


iyaa...saya updet blog ni di tempat keja...
kesian saya kan...
huh!

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may