Start with SakitKepala...end with SakitKepala...
Thanks for your visit, comments and support!
*Sometimes goodbye is the only way ~ Linkin Park, Shadow of the day
Blog ini sangatlah TAK BEST!!! Sekian Terima Kasih :)
Sessi bual bual dengan kawan selepas sembahyang Jumaat lepas:
" Hari raya ni kan...penuh ngan rahmat dan bala..."
"Bala???" Kami terpinga.
" A'aa...bala tentera...mintak duit raya..."
Hehe hehhe...mesti dah pokai :D
"Aku rasa aku syok ngan budak tu laa....yang baru masuk keja tuh" ujar seorang kawan semasa kami bertiga sedang makan tengahari semalam di cafeteria.
"Budak mana???" tanya brader sorang ni. Yang agak veteran.
"Tuu...yang dok tengah amik nasik tuh" sambil menuding jari ke arah sorang pompuan.
"Hmmm...boleh tahan" jawab aku sambil menyuap nasik ke mulut.
"Oit orang muda semua...kalau hangpa nak tau, orang pompuan semua boleh 'tahan'...kalau takleh 'tahan', lari malam la jawabnya" sambung brader veteran tuh.
Hahha hahha hahha...tersembur nasik aku!
Tiba tiba:
Oh! Bestnya....enak sungguh!
10min kemudian:
ishhh...tak boleh tahan!!!
10min lagi:
Giler nikmat...sikit lagi sikit lagi...
Selepas beberapa ketika:
Hoh???!!! Potong stim!!! Mampuih!!!
Gua lewat masuk keja arini!!!
Aku sungguh tensen hari ini....
Oleh itu jika di fikir fikir, andainya golongan perokok ingin berhenti merokok..adakah mereka juga perlu berhenti makan??? Sebab jika tak makan sudah tentu mereka tidak merokok.
Anda setuju???
Tengah malam, hujan renyai renyai, gerai char kue teow...
Kawan 1: Aku pelik laa....aku buat mcm mcm untuk dia. Namun dia tetap tak percayakan aku. Dia masih ragu ragu ngan aku. Aku rasa dah nak give-up. Aku dah cuba jadi yang terbaik. Dah cuba buat sehabis baik dah.
'Kawan' 2: Dah habis baik???
Kawan 1: Habis baik dah...
Aku terus menyampuk,
"Bila baik dah habis...tinggal yang tak baik saja laa..sebab baik dah abis...sebab tu dia tak percaya kat hang lagi..."
Kami semua sama sama tergelak dan menghabiskan sisa sisa char kue teow kami...
Aku dah keja kat company ni lebih kurang 5 tahun lebih...
Selama 5 tahun lebih nih, tetiap hari datang keja...aku tak penah lupa benda yang menjadi rutin setiap kali ke tempat keja...
Tapi hari ni seluar aku asyik nak terlondeh...aku terlupa nak pakai tali pinggang! Pelik sungguh!
ps: sessi makan2 kat Qbay tadi...member sekerja belanja makan sempena besday aku:)
Ntah hapa yang dah jadi ngan blog aku nih....
Pandai pandai ajer edit HTML...
Nampak berserabut saja....
ceh!
Update:
Aku dalam proses belajar untuk menambahkan satu lagi sidebar di sebelah kiri...so, kalau ada alignment out, sila inform aku...sebab dari PC aku, semua alignment aku tengok dah ok.
Untuk Alissara:
Thanks for your input. Aku dah adjust alignment. Cuba ko view semula. Kalau lintang pukang lagi...bgtau aku yea. Tima kasih :)