Monday, July 7, 2008

# 70

Salam semua,
Jap....aku nak tarik nafas dulu. Hehhe hehhe

1st of all, aku sungguh2 berterima kasih buat blogger sekalian yang memberi sokongan penuh serta komen komen yang bernas serta pedas pedas di saat saat aku menghadapi satu sessi serangan cyber yang dilancarkan ke blog LayanKepala aku.

Sesungguhnya kejadian ini memberikan aku sedikit pengajaran yang amat berharga:
1) Bukan senang kita nak puaskan hati orang
2) Bukan semua orang boleh menerima kehadiran kita
3) Pembangkang tetap ada di mana mana...hehhe hehhe

Btw, kejadian tersebut memang merupakan satu kejutan bagi aku. Sungguh aku tak sangka, penulisan sebegitu dapat mencetuskan api pergaduhan.
Sememangnya kejadian itu sungguh kelakar. Tak terlintas langsung akan terjadi sebegini.

Kejadian ini jugak membuatkan aku terpaksa disable anonymous comments serta menukarkan moderation mode kepada komen komen yang di tinggalkan. Chatbox aku jugak terpaksa diberhentikan perkhidmatan buat sementara waktu. Aku jugak terpaksa melakukan satu sessi undi mengenai pandangan kamu semua terhadap blog LayanKepala itu. Oh ya! Ada masa, kamu boleh pegi mengundi yea...hehhe hehhe

Tapi yang paling mengharukan...kesediaan dan sokongan kamu semua untuk bersama sama aku menghadapi kejadian tersebut. Boleh dikatakan kesemua blogger yang aku hubungi memberi respons terhadap mesej aku. Aku amat amat menghargainya.

Hmmm...rasanya setakat ini dahulu aku menulis untuk kali ini.
Bagi reda kejutan ni dulu. Hehhe hehhe

Thursday, July 3, 2008

# 69


Di bawah paras normal....
Nanti kita jumpa lagi...
SakitKepala!

Thanks sebab sudi singgah....

Thursday, June 26, 2008

# 68

Lamanya aku tak updet blog....
Tapi tunggu abih EURO laa...baru aku start tulis semula...

Sekarang busy...hehhe hehhe



Thursday, June 19, 2008

# 67


Jika kita tewas atau kalah dalam sesuatu perkara....majoriti akan mengatakan bahawa performance kita teruk atau buruk.
Jika kita menang dalam sesuatu perkara...majoriti akan mengatakan kita hebat dan berwibawa.

Namun pernahkan kita melihat tahap keupayaan lawan atau saingan kita???

Adakah kita tewas kerana kita tak cukup bagus atau lawan kita terlalu hebat untuk kita???
Atau adakah kita menang kerana kita hebat dan lawan kita itu terlalu lemah???

Namun pernahkah anda terfikir bahawa kita menang bukanlah kerana kita hebat...
Kita sebenarnya tetap lemah...tetapi lawan kita adalah lebih lemah dari kita...
Sebab itu kita boleh menang :)

So jangan cepat mendabik dada jika kita perolehi kejayaan!

Saturday, June 14, 2008

# 66

Sudah berhari hari aku mengalami kesukaran untuk tido di waktu malam...
Haiihhhh....tapi takpe, aku sanggup!

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may