Tuesday, July 29, 2008

# 76

Tahukah anda semua bahawa kebanyakkan perokok akan merokok apabila selesai makan. Mereka selalunya tidak dapat menahan keinginan untuk merokok selepas kenyang menjamu selera.

Merokok selepas makan akan memberikan kepuasan yang maksima kepada mereka. Ini menunjukkan merokok selepas makan merupakan saat yang paling utama dan kritikal bagi perokok. Kalau takde rokok, rasa macam makan tak kenyang.

Oleh itu jika di fikir fikir, andainya golongan perokok ingin berhenti merokok..adakah mereka juga perlu berhenti makan??? Sebab jika tak makan sudah tentu mereka tidak merokok.

Anda setuju???


Sunday, July 27, 2008

# 75

Tengah malam, hujan renyai renyai, gerai char kue teow...

Kawan 1: Aku pelik laa....aku buat mcm mcm untuk dia. Namun dia tetap tak percayakan aku. Dia masih ragu ragu ngan aku. Aku rasa dah nak give-up. Aku dah cuba jadi yang terbaik. Dah cuba buat sehabis baik dah.

'Kawan' 2: Dah habis baik???

Kawan 1: Habis baik dah...

Aku terus menyampuk,
"Bila baik dah habis...tinggal yang tak baik saja laa..sebab baik dah abis...sebab tu dia tak percaya kat hang lagi..."

Kami semua sama sama tergelak dan menghabiskan sisa sisa char kue teow kami...

Thursday, July 24, 2008

# 74


Sangat busy...dan sangat penat!


Saturday, July 19, 2008

# 73

Thursday, July 17, 2008

# 72

Aku sedang berkira kira nak TUTUP la blog SakitKepala nih...
Tak larat dah nak jaga...hehhe

Sunday, July 13, 2008

# 71

Segenap ruang sudut dan penjuru
Kesudahan tetap buntu
Setiap pelusuk celah dan ceruk
Namun tetap jalan mati

Letih!
Sampai bila harus begini?
Pasrah!
Aku dah tak peduli!

Monday, July 7, 2008

# 70

Salam semua,
Jap....aku nak tarik nafas dulu. Hehhe hehhe

1st of all, aku sungguh2 berterima kasih buat blogger sekalian yang memberi sokongan penuh serta komen komen yang bernas serta pedas pedas di saat saat aku menghadapi satu sessi serangan cyber yang dilancarkan ke blog LayanKepala aku.

Sesungguhnya kejadian ini memberikan aku sedikit pengajaran yang amat berharga:
1) Bukan senang kita nak puaskan hati orang
2) Bukan semua orang boleh menerima kehadiran kita
3) Pembangkang tetap ada di mana mana...hehhe hehhe

Btw, kejadian tersebut memang merupakan satu kejutan bagi aku. Sungguh aku tak sangka, penulisan sebegitu dapat mencetuskan api pergaduhan.
Sememangnya kejadian itu sungguh kelakar. Tak terlintas langsung akan terjadi sebegini.

Kejadian ini jugak membuatkan aku terpaksa disable anonymous comments serta menukarkan moderation mode kepada komen komen yang di tinggalkan. Chatbox aku jugak terpaksa diberhentikan perkhidmatan buat sementara waktu. Aku jugak terpaksa melakukan satu sessi undi mengenai pandangan kamu semua terhadap blog LayanKepala itu. Oh ya! Ada masa, kamu boleh pegi mengundi yea...hehhe hehhe

Tapi yang paling mengharukan...kesediaan dan sokongan kamu semua untuk bersama sama aku menghadapi kejadian tersebut. Boleh dikatakan kesemua blogger yang aku hubungi memberi respons terhadap mesej aku. Aku amat amat menghargainya.

Hmmm...rasanya setakat ini dahulu aku menulis untuk kali ini.
Bagi reda kejutan ni dulu. Hehhe hehhe

Thursday, July 3, 2008

# 69


Di bawah paras normal....
Nanti kita jumpa lagi...
SakitKepala!

Thanks sebab sudi singgah....

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may