Thursday, April 24, 2008

# 50

Sessi minum minum waktu dinihari....

Seorang kawan bersuara,
"Depa kata tindakan memboikot barangan Belanda membuahkan hasil....la ni ekonomi Belanda dah makin drop"

"Hmmm...baguih la camtu..lenkali jangan persendakan umat dan agama kita" ujar seorang lagi kawan ngan nada yang agas tegas.

"Eh! La ni aku dah tak pakai minyak Shell...tanda boikot" ujarnya lagi dengan bangga.

"Aku dah tak pakai product kosmetik Belanda" kawan sorang lagi plak bersuara dengan muka yang ceria.

"Hang plak May??? Camna??? Ada boikot apa apa??? " tanya mereka.

Aku tersentak dari menghayati keindahan malam melihat budak budak merempit.
"Ada...aku boikot ayam belanda, durian belanda ngan terung belanda!"

Wahahahahaha :D

Ceh! Mangkuk ayun betoi...dah jom balik!

Wednesday, April 23, 2008

# 49

Ruang....
Ada yang besar...
Ada yang kecil...

Yang sempit terhimpit himpit..
Yang padat kadang kadang sedap...
Yang kosong sunyi dan sepi...
Yang lapang kadang kadang membosankan...

Ruang yang banyak untuk di isi...
Ruang yang sedikit di kongsi kongsi...

Ruang tamu yang mendamaikan...
Ruang makan yang menceriakan...
Ruang tidur yang membahagiakan...

Teringat pada ruang waktu...
Termasuk juga ruang iklan...
Tak lupa pada ruang pejabat...

Tapi jangan sesekali lupa...
Ruang untuk bernafas!

Tuesday, April 22, 2008

# 48

Lamanya aku tak updet.....ish ish ishhh...
Apa la nak jadi nih...

Actually, aku sekarang dalam fasa peralihan kuasa kat company aku nih...
Untuk kesekian kalinya, aku akan bertukar bos yang baru...
Berserta dengan kerajaan yang baru...serta kepimpinan yang baru...
Tak lupa juga dengan idea idea yang baru...

Oleh yang demikian, aku perlu membereskan keja keja yang dah lama tertangguh...
Aku perlu memusnahkan atau menyembunyikan apa apa yang patut...
Aku juga harus menyesuaikan diri dengan pentadbiran baru sedikit demi sedikit...

Atas dasar dasar ini, aku minta maaf kerana membiarkan blog blog aku tak berupdet serta mengabaikan korang semua...
chewah! hehhe....

chow! Hingga berjumpa lagi...
:)

Tuesday, April 15, 2008

# 47

Mengharap pada yang tak pasti
Meminta pada yang tiada
Menanti pada yang samar samar


oh! sadis plak bunyinya entri nih...hehhe
Saya sangat letih!

Wednesday, April 2, 2008

# 46

Sangat busy!

Jumpa lagi!


Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may