Wednesday, March 26, 2008

# 45

Terlajak perahu, boleh di undur...
Terlajak kata, boleh di kona kona...
Terlajak sms....malapetaka!

Monday, March 24, 2008

# 44

Macam ada benda yang tak kena.....apalah agaknya????!!!
Hmmmm.........


Wednesday, March 19, 2008

# 43

Salam Maulidur Rasul....




dan selamat bercuti kepada sapa2 yang dapat cuti :)

Monday, March 17, 2008

# 42

Suatu pagi di kedai char kue teow... 3 orang manusia sedang berembun...
2 orang sedang berbual...sorang lagi asyik ber'sms'....

Perbualan 2 orang manusia itu:
"weiii...camna nak tau kalau lelaki tu suka kat kita???"

"Oh! Senang ajer...dia akan mengutamakan hang lebih dari segala galanya....dan hang sentiasa menjadi perhatian dia"

"Hmmm...tapi rimas laa...kadang kadang aku rasa terkongkong..kejap kejap tepon...kejap kejap tepon.."

"Laa...tu hang kena tahan sat...nak buat camna...dia tengah alami fasa angau..."

"Angau???"

" Iya...angau...mandi tak basah, tidoq tak lena...."

Manusia sorang lagi, tetiba berhenti sms lalu menyampuk....
" Dan berak tak abihhh...hehhe hehhe"



Wednesday, March 12, 2008

# 41

Wajah yang riang...siapa tahu hatinya gusar
Senyum yang ceria...siapa tahu otaknya bercelaru
Lemah lembut berbicara...siapa tahu dirinya memberontak
Kelibatnya yang normal...siapa tahu dirinya hampir gila

Biar akal menguasai hati kita...
Jangan biar hati menguasai akal kita...
Kerana jika hati menjadi raja dalam akal kita...
Kelak kita mungkin akan hilang akal tanpa kita sedari..

Hilang akal bermakna kita gila...
Tetapi jangan cepat melatah...
Kerana orang gila tak pernah mengatakan dirinya gila...


Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may