Friday, February 29, 2008
Tuesday, February 26, 2008
# 39
Tak guna ada hati jika tak tahu menilai...
Tapi lagi tak guna kalau ada mata, ada hati tapi takde akal!!!
Friday, February 22, 2008
# 38
Tadi aku menjelajah blog LayanKepala...
Baca entri entri lama...
Tengok statistik pengunjung blog LayanKepala...
Baca komen komen yang di tinggalkan...
Alehai....rasa kesian plak bila aku abaikan blog itu...
Kesian kat pengunjung pengunjung yang singgah kat situ...
Mesti mereka tertunggu tunggu entri baru...
Hmmm....sekarang jadual kerja aku dah longgar sedikit...so, InsyaALLAH...aku akan cuba menulis semula di blog itu :)
Wednesday, February 20, 2008
# 37
Kami mula berbicara. Aku hanya mendiamkan diri kerana tak berapa sihat. Sekali sekali aku hanya tersenyum dan tersengih sengih.
Rupanya si 'kawan' itu sedang sedang merungut dan mengadu perihal seorang pompuan teman sekerja yang asyik nak ambil tahu hal peribadinya. Pastu asyik nak mengutuk dan menjaja cerita sana sini.
Rupanya si 'kawan' kami ni rasa dia macam dah kena fitnah. So, dia sedih laa...dia pun jumpa kami untuk lepas geram. Macam macam di makinya pompuan yang memfitnahnya itu...
"Akai bukan main bijak...tapi perangai huduh...tak sedaq diri plak tuh..muka huduh...mana mai terjun kampung hulu mana ntah!!!"
Tergelak gelak aku dengar dia merungut...
Tetiba kawan aku lagi sorang menambah:
"Rileks arr...u dengar nih....u can take somebody out of kampung but u cannot take kampung out of somebody...!!!"
Aku gelak makin kuat...
Sungguh pandai kawan kawan aku ni berbahasa :D
Tuesday, February 19, 2008
# 36
Aku sakit tekak dan batuk batuk berkahak...doktor menyarankan aku jgn merokok untuk seberapa ketika...mungkin untuk beberapa hari...
Dan sejak dari pukul 7.45pm semalam sampai la entri ini ditulis....aku belum menyedut satu pam hatta mengambil bau rokok sekalipun....
Sekarang aku rasa mcm nak pengsan...!!!!
Thursday, February 14, 2008
Monday, February 4, 2008
# 34
Suatu petang di gerai kueteow kerang...
"So...dah mcmana??? Merajuk dan marah lagi???"
"Dah ok dah...pandai gak dia pujuk...tu pun jenuh gak ler...aku dok buat keras hati..hehhe"
Aku tersenyum mendengar kata kata kawan aku tuh...
Lalu aku pun berkata;
"Hang memang keras hati...tapi umpama kerak nasi...lembut dan HITAM!"
Kah kah kah :D
ps: makan kena bayar sendiri hari tuh...ceh! kejam kejam!!!