Wednesday, January 30, 2008

# 33

Bila kecewa....kita akan sedih...
Jiwa kita akan menjadi tak menentu...

Bila jiwa kita tak stabil...secara tak langsung ia akan membuatkan kita sering rasa murung...
Perasaan murung adalah racun dalam jiwa...

Racun dalam jiwa amat merbahaya...
Penawar harus segera di cari untuk membuang racun di jiwa...

Salah satu kaedahnya...
Racun mesti di rawati dengan racun...
Kerana kadang kadang racun adalah penawar...

Stay Strong!!!

Tuesday, January 29, 2008

# 32

Sessi kaunseling yang berlaku pada hari minggu yang lepas ketika lepak minum minum di gerai makanan seorang kawan.
Kawan aku (tokey kedai) tu mengeluh kepada kami bertiga mengenai bisnes dia yang kurang memberangsangkan 2-3 menjak nih...so, semua rancangan tertangguh...sampai habis luruh rambut dok pikir masalah bisnes dia tuh....dah dekat nak botak...

Nasihat kami:
Kadang kadang...
Hidup ini tak seindah yang kita impikan...
Hidup ini tak semesti apa yang dirancangkan...
Ada masa senang....Ada masa susah....Ada hari bahagia...Ada hari bermuram duka

Bak kata pujangga:
Hidup ni umpama roda....lama lama botak!

Maka hari itu kami tidak di beri diskaun untuk minuman yang kami minum...



Thursday, January 24, 2008

# 31

Semalam bertemu lagi dengan kawan aku...yg line tak clear tuh.
Dia mengadu hubungan dia dengan temannya yang kadang kadang jadi ntah hapa hapa. Susah sangat nak stabil.

Nasihat aku:
Adat kita berpasangan....
Penuh dengan dugaan...
Ada masa manis dan ada masa pahit...
Manis seronok di kenang kenang...
Pahit ingin sekali di lupakan...

Tetapi kita sering terlupa...kadang kadang pahit itu ubat!!!

Jawapan dia:
Kepala hotak hang!!!!

Cesss!!!!

Tuesday, January 22, 2008

# 30

Maaf....terpaksa di tutup untuk beberapa hari kerana terdapat sedikit gangguan daripada anasir anasir yang busuk hati...

Now...back to normal. Open for public!

Will update later...sekrg manyakk bizi!

Cargas!

Thursday, January 17, 2008

# 29

Semalam balik keja, singgah sembang kejap ngan sorang kawan pompuan aku. Dia merungut kepada aku yang dia asyik tak dapat menghubungi teman lelakinya. Telefon susah nak dapat. Dia bertanya aku mengapa jadik begitu...

Jawapan aku:
Berpasangan ni kadang kadang umpama line telefon...kejap kejap line tak clear..kejap kejap line tak clear!

Hahha hahha hahha

Wednesday, January 16, 2008

# 28

Sangat penat!

Esok sambung tulis entri....

Tuesday, January 15, 2008

# 27

Kadang kadang...
Jika bekerja dengan orang yang bodoh...
Lama lama kita juga akan jadik bodoh...
Kerana orang yang bodoh
akan membuat decision yang bodoh...
dan kita menjadi bodoh...
kerana menurut arahan yang bodoh...
Yang datang daripada orang yg bodoh...
Dan kita terpaksa membuat bodoh...
Melakukan keja yang bodoh..
Untuk orang yang bodoh...
Kerana orang bodoh...
Berpendapat dengan result yang bodoh...
Dapat memperbodoh...
Orang lain yang turut sama sama bodoh..
Jika percaya kepada orang bodoh itu!!!

Huh!!!
Buat keja bodoh bodoh ni memang memenatkan!

Saturday, January 12, 2008

# 26

Oh! Aku kena TAG ngan Lindosh: Ada apa dalam beg???

Woit! aku mana ada bawa beg...tapi aku tunjuk beg duit aku dah la...dan barang barang yang berkurun kurun berada dalam beg duit aku tuh...

Beg duit yang di gunakan sejak zaman persekolahan lagi...dah buruk dan koyak koyak tapi mempunyai nilai sentimental yang tersendiri...sebab tu tak tukar tukar...hehhe


Antara barang barang yang berada dalam beg duit aku...
-------------------------------------------------------------------------------
TAG oleh Lina Aurora:
Aku copy dia punya entri:
Citernye cmni. Korang kene listkan link2 yang tersedia (termasuk link dari aku) ditambah 5 link dari korang . Sesape yang kene tag tu tadi kemudian kene linkkan link yang tersedia tadi ditambah link dari aku dan dari korang dan diorang kene submit lagi 5 link dari diorang sendirik .. Kiranya ni berdasarkan konsep exponential .. Maknanya ia akan bertambah secara 5+25+125= infiniti. Faham?
Banyak kelebihan main tag link-mengelink ni.
Tambahkan trafik kat blog korang (sape yang main
Nuffnang ke, Technorati ke, Google Page Rank ke musti glerkan trafik yang sesak kat blog dorang .. kuikui ..)Cipta satu komunitiTambah kawan2 …Tanye khabar (yang malas na update blog tu nilah masanya mengasah jari-jemari ..)

Wokeh, kali ni tag datangnya dari Lisa sementara pagi ni takdak idea nak entri apa. Lagipon skrg nih tgh free ngadap blog sambil2 belajar buat photoshop etc..esok plak dah tentu aku busy jumpa my friend semlm dia phone yg dia nyer doter dah beranak, baby girl. Tahniah la aku ucapkan wlpon dia tak baca blog ku kat sini hu3..So, jom layan tag entam ajelah…
Citernye cmni. Korang kene listkan link2 yang tersedia (termasuk link dari aku) ditambah 5 link dari korang . Sesape yang kene tag tu tadi kemudian kene linkkan link yang tersedia tadi ditambah link dari aku dan dari korang dan diorang kene submit lagi 5 link dari diorang sendirik .. Kiranya ni berdasarkan konsep exponential .. Maknanya ia akan bertambah secara 5+25+125= infiniti. Faham?
Banyak kelebihan main tag link-mengelink ni.
Tambahkan trafik kat blog korang (sape yang main
Nuffnang ke, Technorati ke, Google Page Rank ke musti glerkan trafik yang sesak kat blog dorang .. kuikui ..)Cipta satu komunitiTambah kawan2 …Tanye khabar (yang malas na update blog tu nilah masanya mengasah jari-jemari ..)

1.
The Strategist Notebook
19. Sheifa
20. aiNul
21. Mazudi
22. Neobe
Mangsa seterusnya....
32. DekNo
33. Meen
35. Deen
Lega! Dah siap :D

Thursday, January 10, 2008

# 25

Kena 'bancuh' teruk ngan bos arini...

Adesss!!!

Monday, January 7, 2008

# 24

Kat company aku ada sorang guard berbangsa Nepal. Menurut rakan kerja pompuan aku, pak guard ni termasuk dalam golongan orang hensem dan menarik. Senyuman pak guard ini amat menawan hati. Menurut kata kata mereka la...tapi aku tengok biasa saja...

Pagi tadi, masa aku keluar isap rokok...pak guard tu datang kepada aku dan mempelawa aku makan malam bersamanya. Dia cakap dia sunyi....

Dan senyuman serta pandangannya serta merta membuatkan aku berasa geli geleman..

Hoh! Takkan nak ngorat aku kot???!!!

Friday, January 4, 2008

# 23

Kadang kadang aku terfikir....bila ada kes kes penting, atau isu isu besar...tak kira la isu famili, kawan kawan atau kat tempat keja....semua orang teringin nak jadik wira...nak jadi penyelamat...atau lebih senang lagi..nak jadik hero...

Bila jadik hero, kita akan sentiasa di ingati sampai bila bila...jasa jasa kita akan sentiasa di kenang...

Tapi pernah tak korang sedar...jadik HERO pun kadang kadang boleh mati!!!

Arghhh!!! Tensennya aku!

Thursday, January 3, 2008

# 22

PC sangat la slow...macam siput...
Repot lambat siap...Bos asyik dok tanya...

aku nak mogok keja!!!

Tuesday, January 1, 2008

# 21

Malam tahun baru tadi....
Sembang sembang sampai tak sedar dah dekat pukul 5 pagi...
8 pagi kena masuk keja...

Mata merah macam bijik saga!

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may