Friday, November 30, 2007

# 10

Aku sekarang rasa malas yang amat untuk menjaga serta mengemaskini blog utama LayanKepala aku tuh. Sebenarnya aku serba salah samada hendak meneruskan atau menutup terus blog itu. Tapi aku masih ada lagi idea untuk di sumbangkan ke dalam blog tu.

Semua ni berpunca dari sifat orang yang busuk perut buta hati tu...dia amat sakit hati dengan karya aku dan dengki melihat sambutan pengunjung ke blog aku tuh...sampai ada satu tahap dia menuduh aku menulis tentang diri dia...wahahaha...part ni yang aku rasa nak tergelak2...sebab aku rasa, semua benda yang aku tulis mungkin terkena batang hidung dia seketoi seketoi...
oh ya! Karya aku yang berjudul Ceh! itu adalah untuk dia..sebagai hadiah untuk dia :D

Sebenarnya, semua benda yang aku tulis adalah idea yang datang dari kepala hotak aku...ilham yang muncul terutamanya bila aku berasa dalam keadaan tertekan...so, menulis blog adalah terapi untuk aku...tapi mostly, segala idea aku datangnya dari hasil pergaulan aku dengan segenap lapisan masyarakat...dari budak2 baru nak baligh hinggalah ke orang2 tua kutuk tak sedaq diri...

Okeh...berbalik kepada kisah golongan busuk perut buta hati nih...
Bagaimanakah kita hendak menghadapi golongan busuk perut buta hati nih???

Kaedah yang mungkin berkesan adalah kita membalasnya secara halus. Kalau dia rasa dengki dan sakit hati...mari kita fikirkan lebih banyak cara untuk membuatkan dia lebih merasa dengki dan sakit hati. Kita tak perlu menuturkan kata kata kesat, sebaliknya kita lawan secara halus. Contoh kalau dia dengki kita berkawan baik dengan seseorang...dia akan mencari jalan untuk memecahbelahkan kita. Oleh itu, untuk menghadapinya...kita serang dia secara saikologi. Kita sepatutnya mencari jalan untuk mengeratkan lagi hubungan kita dengan kawan tu. Kita cari jalan supaya kita jadi lagi mesra dengan teman kita tu. Dengan itu, otomatiknya musuh kita itu akan berasa lagi tertekan dan mungkin buleh jadik gila hanya kerana sakit hati ngan kita. Tapi kita tetap happy dan sentiasa senang hati.

Kita jangan melawan secara terus. Kalau kita marah dan maki maki, secara tak langsung kita telah menjadi sama dengan dia. Dia berpeluang mengubah plot keadaan di mana kita mungkin kelihatan busuk hati atau dengki dengan dia. Dan kalau dia mahir menggunakan kesempatan yang ada, maka kita akan menjadi mangsa di mana pada mulanya dia yang busuk hati, last last kita pulak yang dilabelkan busuk hati ngan dia. Tentu tak adil bukan...

Tak pun cara paling senang, kita santau ajer ngan org perangai camni!
Ni pun kira cara halus gak :D
Okeh..have a nice weekend!




Thursday, November 29, 2007

# 09

Nampaknya sambungan kisah orang busuk hati dan perut tak dapat di sambung. Ini adalah kerana aku amat sibuk men'troubleshooting' dan me'modify' papan litar elektronik aku. Dan akhirnya berjaya menyetelkan masalah itu. Company dah save dekat RM2k untuk itu. Aku patut pow bos aku...

Wednesday, November 28, 2007

# 08

Susah kalau ada orang busuk hati ngan kita...mereka sentiasa akan berasa dengki dan sentiasa menunggu peluang untuk menjatuhkan kita...Mereka sering kali mencari kesalahan dan kelalaian kita...mereka juga tidak jemu jemu mencari jalan untuk menjahanamkan kita.

Golongan ini biasanya akan sentiasa memantau kegiatan kita. Semakin mereka berasa sakit hati, semakin itu mereka akan sentiasa mengikuti perkembangan mereka. Selagi mereka berasa dengki, selagi itu mereka akan berusaha untuk merosakkan kita supaya mereka sentiasa berada satu langkah di hadapan kita. Mereka akan cemburu jika kita sentiasa mendahului mereka.

Tapi selalunya golongan ini adalah pengecut dan penakut. Mereka hanya berani mengata atau mengutuk kita secara diam diam. Dan bila berdepan dengan kita, mereka akan berpura pura tadak benda yang berlaku. Padahal, mereka tidak ketahui yang kita menyedari kebusukan perut mereka. Cuma kita saja tak mahu memperbesarkan perkara itu.


Oleh itu, bagaimanakah kita hendak menghadapi golongan busuk perut buta hati nih???

Jawapan buat masa sekarang: Pi mampuih la kepada golongan ini!!!


ps: esok sambung kalau ada masa....

# 07

Semalam aku amat stress...dan bila stress, kamu jangan terkejut jika aku tido awal. Tido merupakan satu terapi untuk aku hilangkan stress.

Sebelum tido...aku teringat kat banyak org...dan juga seorang..oh tidak! dua orang :)
Bangun tido pun...aku teringat kat banyak org...dan dua orang itu jugak :)

Aku bermimpi semalam, bawa sorang blogger pompuan makan kue teow kerang..hahha :D

Tuesday, November 27, 2007

# 06

Oh! Macam macam masalah datang menimpa sekarang. Setel satu timbul satu...Masalah senang datang...dan amat susah nak pergi...
Bila la nak berakhir semua ni....
Adesss...aku kepenatan memikirkan semua nih...

Duduk minum minum semalam...di satu kawasan perumahan....
Tetiba terdengar bunyi kekecohan...orang lelaki dan pompuan terpekik pekik dan meraung raung...
Rupanya sorang kenalan aku yang ketagihan 'ice' telah mencederakan mak dia sendiri dengan menggunakan sebilah pisau Rambo...
Akhirnya terpaksa memanggil polis...

Masa nak balik...kereta tak boleh nak start...bateri sudah 'kong'...
Alehaii...terpaksa guna jumper untuk menghidupkan kereta...
Minggu ni nak pegi tukar bateri...

Btw, i'm back on track...
dari 20kmj sudah mampu mencecah 120kmj semula...
Yahuuu!!!

Saturday, November 24, 2007

# 05


Friday, November 23, 2007

# 04

Dekat dekat nak Subuh pagi tadi..aku bermimpi..jari manis tangan kanan aku tersepit...Amat pedih dan ngilu rasanya...
Aku terjaga dari mimpi..dan jari aku masih lagi terasa pedih...
Lalu aku membeleknya...
Hoh?! Seekor lipas sedang tengah enak "menggigit" jari aku...lalu aku menghempas lipas itu ke lantai..dia lari masuk bawah katil...
Aku tak puas hati...amik Ridsect..spray dia sampai mati!

1st time aku kena gigit ngan lipas...
Tapi yang aku hairan..lipas gigit orang ker????

Sungguh pelik!

Thursday, November 22, 2007

# 03

Semalam baring baring sambil layan lagu Cina...satu hapa pun tak paham.
Lebih kurang pukul 9.30pm dah terlelap. Hahha...

Wednesday, November 21, 2007

# 02

Pagi tadi tayar motor pancit atas jambatan...
Dan aku amat penat....

# 01

Apabila LayanKepala bertukar ke SakitKepala....
Adesss..

Related Posts with Thumbnails
 
Designer: Douglas Bowman | Di ubahsuai oleh: 13may